Selasa, 10 Oktober 2017

NAFAS BARU GANDINGAN MUKA BARU & LAMA

Setiap yang pergi akan silih berganti. Ada yang bersara wajib, ada yang bersara karom, ada yang bertukar agensi, ada yang baru dilantik berkhidmat dan lain-lain lagi. Namun, permainan karom menjadi pilihan sama ada untuk permainan masa lapang mahupun dalam mana-mana pertandingan..

Mereka (team lelaki) yang masih aktif ialah : (panggillan manja)... hehehe.

1. Cikgu Apul
2. Leto
3. Agip
4. Matyee
5. Put
6. Champion Din
7. Meh Cochrane
8. Lebai
9. Boboi
10. Mat Lawa
11. Anan
12. Chip
13. Meh Bentong
14. Amin
15. Schapiq
16. Jimie Asmara
17. Sawe

TOURISM GAMES 2017 ANJURAN KLTA

Ayuh kita bangkit bersama !!!

Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur telah pun melabuhkan tirainya. Namun bahang kejuaraan masih dirasai segenap pelusuk negara. Dengan semangat yang berkobar-kobar, pastinya membangkitkan aksi perlawanan yang padu dan kental.

Pada 7 dan 8 Oktober 2017, telah berlangsung Tourism Games anjuran Kuala Lumpur Tourism Association di Pusat Sukan, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Pelbagai kategori dipertandingan diantaranya badminton, bola sepak, pingpong, bola jaring dan semestinya karom.

Penyertaan bagi kategori karom melibatkan agensi seperti JMM, Malaysia Airlines, KTMB, KPJ Tawakal, Hotel de Palma, Tourism dan lain-lain. Kali ini, kesemua penyertaan dari kami hanya bagi kategori perseorangan dan saingan kami hanya sampai peringkat suku akhir.

Namun tidak mengapa, pengalaman tetap ditimba disamping beriadah di hujung minggu dengan program sukan seumpama ini walaupun hanya menggunakan jari. Harus diingat, jari menjentik tetapi akal dikerah. Syabas kepada barisan pemain karom.













KEJOHANAN KAROM TERBUKA PKNS 2017

Di mana ada pertandingan, pastinya ada hadiah lumayan. Di mana ada karom, pastinya terselit penyertaan kami. Pada 9 dan 10 September 2017 yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Karom Terbuka PKNS 2017 di Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya. Hampir 300 penyertaan dari seluruh pelusuk negara datang bertanding bagi merebut hadiah bagi kategori perseorangan dan beregu. Canyon Carrom Club juga tidak melepaskan peluang bagi menyertai kejohanan ini. Ramai jaguh-jaguh karom hadir dengan aksi tersendiri memukau pihak lawan. Tidak kurang juga yang membawa ahli keluarga sebagai sokongan moral semasa pertandingan dijalankan.


Lawan tetap lawan. Menang kalah semestinya adat pertandingan. Ketelusan dalam pengadilan dan pengurusan perlawanan perlu dititikberatkan agar ianya berjalan lancar serta tiada cemuhan dikalangan peserta yang bertanding. Berikut adalah aksi-aksi semasa kejohanan berlangsung...
















SYABAS TEAM KAROM ZON WILAYAH MEMENANGI PINGAT PERAK HMA 2017

Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2017 telah berlangsung dengan jayanya pada 15 - 20 Mei 2017 yang lalu di Terengganu Darul Iman. Zon Wilayah membariskan pemain-pemain karom muka lama dan baru bagi merebut kejuaraan yang diadakan setiap tahun ini. Sememangnya sasaran emas menjadi taruhan bagi setiap zon yang bertanding. Zon-zon yang bertanding ialah Zon Wilayah, Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Timur, Zon Utara, Zon Sabah, Zon Sarawak dan Zon Keselamatan.


Kesungguhan yang dipamerkan oleh pemain-pemain Zon Wilayah terdiri daripada ahli-ahli JMM, Canyon Carrom Club serta WARIS telah menyaksikan saingan sengit bagi merebut mahkota kejuaraan. Menang kalah, adat pertandingan. Zon Wilayah telah menamatkan pertandingan sebagai Naib Juara bagi kategori karom berpasukan. Syabas diucapkan kepada semua pemain. In Shaa Allah meja karom bakal bergegar lagi pada saingan kejuaraan HMA 2018. Jom kita tengok gambar-gambar kenangan.